BULETIN SERI BAYU 32

Sunday, August 16, 2009
PROGRAM QIAMULLAIL SEMPENA KEDATANGAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK
16 OGOS 2009, bertempat di rumah Saudara Matsah Bin Rahman diadakan program Qiamullail sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Program ini kali kedua diadakan anjuran Biro Agama Taman Seri Bayu. Solat Sunat pada pagi itu dan kuliah Subuh telah dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Yusof Bin Ali. Kuliah Subuh pada pagi itu lebih menumpukan berkenaan hal yg berkaitan dengan ibadah puasa yg bakal dilalui lebih kurang seminggu lagi.

Pada keseluruhannya program tersebut telah berjaya dilaksanakan walaupun kehadirannya agak mengecewakan. Harapan dari pihak Biro Agama Seri Bayu agar program tersebut dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang. Insyaallah...

Labels:

posted by BULETIN SERI BAYU 32 @ 6:46 AM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 

ACARA MEMASAK BUBUR LAMBUK 2010
RENUNGAN BUAT YG BERNAMA SUAMI DAN ISTERI
PETUA MEMBINA KELUARGA BAHAGIA

1. BERBICARA DGN LEMAH LEMBUT. Memanggil dgn panggilan kesayangan serta memandang dgn penuh kasih sayang antara suami dan isteri.

2. MEMBERSIHKAN DIRI. Penampilan rapi dan bersih, berhias, memakai wangi-wangian terhadap pasangan.

3. JUJUR DAN AMANAH. Jangan memandang rendah pasangan, saling mengalah, memaafkan dan paling penting perhatikan kelebihan pasangan, malah sekiranya ada kekurangan segera tutupi ia daripada pengetahuan orang lain.

4. JANGAN MENCELA MASAKAN ISTERI. Berusaha meringankan beban kerja pasangan, tidak membandingkannya dengan orang lain serta menjauhi hal-hal yang menimbulkan kecemburuan pasangan.

5. SELALU BERPEGANG TANGAN. Bergurau senda, saling membelai kerana dgn cara ini pasangan akan merasai diri sentiasa diperlukan.

6. JADIKAN KAMAR TIDUR TEMPAT YG PERIBADI DAN BERSIH, harum dan masa yg menyenangkan pasangan.

7. SALING MENASIHATI dan cuba meringankan beban yg ditanggung pasangan.

8. PERUNTUKAN WAKTU YG KHUSUS BERSAMA PASANGAN seperti makan bersama, solat berjamaah pada waktu tertentu seperti waktu Maghrib dan Isyak, bersiar-siar bersama dengan anak-anak di taman.

9. SALING MENDOAKAN DAN MERINDUI apabila berjauhan.


TARIKH HARI INI


MASA ITU EMAS


SEMBANG-SEMBANG
About Blog

Previous Post
Title
Links
Templates by
Blogger Templates
RADIO ONLINE