BULETIN SERI BAYU 32

Friday, August 27, 2010
JALUR GEMILANG BERKIBAR DI TAMAN SERI BAYU
22 Ogos 2010, Tanggal 31 Ogos hampir menjelang. Sebagai tanda kecintaan dan semangat cintakan Malaysia, penduduk-penduduk Taman Seri Bayu (TSB) telah bersama-sama bergotong royong mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan TSB. Jalur gemilang telah dipasang ditiang lampu di hadapan kediaman TSB dan pokok di simpang masuk ke TSB, termasuk satu Jalur Gemilang Gergasi yg. dipasang di hadapan jalan masuk ke TSB.

Semoga semangat menghayati kemerdekaan dan cintakan negara akan sentiasa subur dan dipupuk di hati sanubari semua penduduk TSB dan semua rakyat Malaysia.

" MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! "


Labels:

posted by BULETIN SERI BAYU 32 @ 11:04 PM   0 comments
Sunday, August 22, 2010
GOTONG ROYONG MASAK BUBUR LAMBUK
22 OGOS 2010, bertempat di Surau Himmatul 'Aliah, Kg. Seri Gambut, penduduk Taman Seri Bayu (TSB) bersama-sama AJK Surau Himmatul 'Aliah telah bersama-sama bergotong royong memasak bubur lambuk. Bubur lambuk untuk edaran hari ini telah ditaja oleh penduduk Taman Seri Bayu. Acara memasak bubur lambuk ini bermula Jam 10.30 pagi. Acara memasak bubur lambuk telah diketuai oleh Tuan Hj. Ngaspan, Bilal Surau dgn dibantu oleh AJK Surau dan penduduk TSB.
Alhamdulillah program hari ini berjalan dengan lancar, semua bubur telah diagihkan kepada semua penduduk TSB dan penduduk Kg. Seri Gambut. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan menyumbang wang rining (RM) untuk menjayakan program pada hari ini. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang dan diucapkan Selamat Menjalani Ibadah di Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ibadah Kita pada bulan ini lebih baik dari bulan Ramadhan yg. lepas... Insyaallah.

Saudara Nazri sedang mengacau bubur lambuk

Saudara Matsah dan Saudara Abdullah sedang membungkus bubur lambok


Labels:

posted by BULETIN SERI BAYU 32 @ 2:21 AM   0 comments
Saturday, February 27, 2010
Gotong royong perdana Taman Seri Bayu
17-01-2010 pada hari Ahad, Diadakan gotong royong Perdana bagi mengantikan dan menbina papan kenyataan yang baru, mengalihkan papan jonkang jongkit dan membaik pulih penuntup lonkang yang pecah.

Semua penduduk Taman Seri Bayu telah menberi kerjasama bagi menjayakan bagi program tersebut.Program ini dikendalikan oleh Biro Kebajikan dan rekraisi.Pada keseluruhannya program ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Syabas dan taniah kepada semua penduduk yang terlibat menjayakan perogram ini.

Labels:

posted by BULETIN SERI BAYU 32 @ 8:38 AM   0 comments
Monday, December 28, 2009
UCAPAN TAKZIAH BUAT KELUARGA PAKCIK WAZIR YG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH
22 DISEMBER 2009, Allahyarham Mohd Wazir Bin Mohd Aris telah kembali ke Rahmatullah pada 21 Disember 2009 bersamaan malam Selasa selepas Solat Maghrib di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Allahyarham meninggal dalam usianya 61 tahun akibat sakit angin ahmar yang telah dideritainya sejak 3 tahun yang lalu.

Bagi Pihak Pengerusi Taman Seri Bayu (TSB), kami mengucapkan Takziah buat Makcik dan keluarga Allahyarham atas pemergian Allahyarham. Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang Soleh, Aminn.

Kepada semua penduduk TSB yang telah memberikan kerjasama menguruskan jenazah Allahyarham dari awal hingga selesai dan hadir untuk Tahlil Arwah sama ada di rumah Allahyarham dan juga di surau diucapkan terima kasih. Semoga tenaga dan masa yang diberikan akan diberikan ganjaran yang sebaiknya oleh Allah SWT.

Marilah kita sama-sama sedekahkan pahala Fatihah utk Roh Allahyarham, Al-Fatihah...

Labels:

posted by BULETIN SERI BAYU 32 @ 3:22 PM   0 comments
Saturday, December 19, 2009
PROGRAM BERKHATAN RAIKAN ANAK-ANAK TAMAN SERI BAYU
Photobucket

6 DISEMBER 2009, bertempat di halaman hadapan pondok keselamatan Taman Seri Bayu, (TSB) diadakan Majlis Berkhatan beramai-ramai anak-anak penduduk TSB. Majlis bermula Jam 7.45 pagi dan berakhir Jam 5.00 petang. Majlis adalah anjuran Biro Agama Persatuan Penduduk TSB. Majlis telah dirasmikan oleh Ybhgia Tuan Buang Bin Hj. Ismail, ketua kampung, Kg. Bukit Naga. Dalam ucapannya, beliau menyebut bahawa program ini adalah julung kali diadakan di Kg. Bukit Naga dan beliau amat berbangga dengan kerjasama dan kesungguhan penduduk Taman Seri Bayu yang telah sepakat mengadakan program ini secara bersama-sama.

Photobucket

Program Berkhatan yang diadakan telah mendapat sokongan dan galakan dari ketua kampung sendiri di mana beliau telah menaja pasukan kompang Jawa, Kg. Bukit Naga yang turut dijemput untuk sama-sama memeriahkan program tersebut. Program ini telah disertai oleh 16 orang kanak-kanak dari anak-anak penduduk Taman Seri Bayu dan rakan taulan penduduk Taman Seri Bayu dari seawal usia 5 tahun dan paling tua 10 tahun.

Photobucket

Anak-anak yang menyertai program berkhatan ini telah diraikan dalam satu majlis yang agak meriah, di mana anak-anak ini telah diberikan cenderahati setiap seorang dan dimandikan dengan semburan air dari pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat, Shah Alam. Setelah itu, anak-anak ini telah dibawa berarak dengan kenderaan khas yang telah dihias cantik melalui Jalan Seri Gambut dan Jalan Rezab Buang untuk ke tempat berkhatan di Surau Himmatul ’Aliah, Kg. Seri Gambut. Seronok betul rasanya anak-anak ini diarak dengan lori berhias ke surau, memang teruja. Semua orang yang lalu memberikan sorakan dan lambaian kepada mereka. Tak tau lepas tu, mereka terpaksa menghadapi saat-saat yang mendebarkan dan mencemaskan untuk dipotong Anunya.

Photobucket

Acara berkhatan telah diadakan di Surau Himmatul ’Aliah, Kg. Seri Gambut. Doktor yang mengkhatankan ialah Dr. Syed Ahmad dari Klinik Syed, Seksyen 3, Shah Alam. Dr. Syed telah mengkhitankan anak-anak Seri Bayu menggunakan kaedah potong dengan cara lazer. Alhamdulillah program berkhatan dapat dilaksanakan dengan lancar. Semua anak-anak telah berjaya dikhitankan, walaupun terdapat bermacam-macam ragam sewaktu acara berkhitan ini dilaksanakan. Ada yang menjerit-jerit mengaduh kesakitan, ada yang meraung-raung minta ampun tak nak dikhitankan, ada yang minta sunat esok, ada yang geli, ada juga yang steady je... Tak kata apa-apa, mengaduh pun tidak.. senyum jer, siap tunjuk tanda bagus lagi kat kawan -kawan yang belum sunat. Tapi bila ditanya nak sunat lagi ke idak, masing-masing menggeleng kepala, tak nak sunat lagi... he he.. tobat.


Photobucket

Kesian juga tengok anak-anak yang kena sunat ni bila melihat mereka meraung minta tolong dan sebagainya... tapi kesian lagi tengok bapa-bapa dan emak-emak yang resah gelisah menunggu anaknya nak disunatkan, dan yang lagi kesian bila tengok ada bapak yang tumbang bila menemankan anaknya bersunat. Yang peliknya anaknya steady jer. Sapa la tu agaknyer???

Photobucket

Pada keseluruhannya program ini berjalan dengan baik dan memuaskan. Ucapan Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penduduk Taman Seri Bayu yang telah bersama-sama bekerja sama menjayakan program ini terutama kepada Saudara Ali Shahbana Bin Shaari, Pengerusi persatuan penduduk TSB, Biro Agama TSB serta AJK yang terlibat menjayakan program ini. Tidak dilupakan juga kepada kaum ibu yang telah berusaha bersama-sama dan membantu untuk menjayakan program ini, juga kepada Dr. Syed Ahmad yang telah mengkhitankan anak-nak TSB serta Pengerusi dan AJK Surau Himmatul 'Aliah, Kg Seri Gambut. yang telah memberi kebenaran untuk melaksanakan program berkhatan di surau. Semoga usaha Anda semua akan mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah SWT. Insyaallah.


Photobucket

Anak-anak begitu teruja menunggu saat kena potong... tengah tunggu giliran utk mencabut undi


Photobucket
Bapak-bapak menyorok takut kena pancut bomba

Photobucket
Saudara pengerusi berbual mesra dengan ketua kampung.... Apa yang diperhatikan oleh Saudara Nazri tu agaknya

Photobucket
Saudara salam sempat mengusik anak-anak yang nak bersunat... " berani ke nak kena potong ni".
Photobucket
Anak-anak seronok bermandikan semburan air hujan dari pihak bomba

Labels:

posted by BULETIN SERI BAYU 32 @ 11:14 AM   0 comments
Tuesday, September 29, 2009
PROGRAM ZIARAH HARI RAYA (BARA'AN) SERI BAYU 09
29 SEPT. 2009. Program Ziarah Hari Raya (Bara'an) penduduk Taman Seri Bayu berjalan seperti yang dirancang. Program bermula Jam 8.00 mlm ( blok C dan D ) dari rumah Saudara Yoosri Bin Angsar, rumah No. 58 dan berakhir di rumah Saudara Naim Bin Che Hamid, Jam 11.15 mlm. Program disertai oleh semua penduduk Taman Seri Bayu dari kaum bapa dan anak-anak yg berkelapangan.

Anak-anak merupakan orang yg paling gembira mengikuti program Bara'an tersebut. Apa tidaknya, kebanyakan rumah yang dikunjungi tidak melupakan utk memberikan "duit raya". Semangat betul anak-anak kita utk join Bara'an walaupun ada yg dah tersengguk-sengguk menahan mengantuk. Walau apapun diucapkan syabas dan tahniah kepada anak-anak Seri Bayu yg bersama-sama dalam program Bara'an tersebut.

Alhamdulillah, program pada malam ini berjalan lancar dan program akan disambung pada malam esok dgn rumah blok A dan B. Jumpa lagi malam esok.

Saudara Akhbar sedang membahagikan "duit raya"

Hero Abah tidak ketinggalan ikut Bara'an

Labels:

posted by BULETIN SERI BAYU 32 @ 8:43 AM   0 comments
Saturday, September 26, 2009
DUIT RAYA OH DUIT RAYA
Jangan jadikan budaya ‘duit raya’ sebagai kemestian

Oleh : Hezlinawati Haji Abd. Karim

GAMBAR HIASAN ... Sampul surat Hari Raya Aidilfitri dikeluarkan oleh pelbagai pihak untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Takbir raya bergema di pagi yang hening, menandakan tibanya hari yang dinanti-nantikan. Seluruh umat Islam hari ini bergembira menyambut kedatangan bulan Syawal, setelah sempurna menunaikan ibadat puasa sebulan lamanya. Paling jelas kelihatan gembira di pagi raya ialah kanak-kanak.

Memang tidak dinafikan, golongan kanak-kanaklah yang paling gembira menyambut kedatangan Hari Raya. Setiap kali menjelangnya Hari Raya, mereka pasti mahu baju baru, kasut baru dan serba-serbi baru. Saat yang mereka nantikan ialah berkunjung ziarah ke rumah saudara-mara dan sahabat handai. Yang masih kecil akan tertanya-tanya, "Mak … Abah … Bila kan beraya? Lakastah …" Sangat ketara keiskian mereka hendak beraya. Apa yang kurang pasti, adakah niat mereka berhari raya itu untuk menziarahi sanak saudara dan rakan taulan atau ada udang di sebalik batu?

‘DUIT RAYA’Sudah menjadi kelaziman kita di musim Hari Raya ini begitu bermurah hati menghulurkan sedekah berupa sampul surat khas berisi wang kepada kanak-kanak dan warga emas. Setiap kanak-kanak yang menerima sampul surat istimewa itu pasti akan tersenyum penuh makna.

Hati kita pun merasa senang melihat mereka melontarkan senyuman menerima pemberian itu. Bagi golongan kanak-kanak, di musim raya inilah mereka berpeluang mengumpulkan 'pendapatan' dan membuat perancangan untuk membelanjakan ‘duit raya’ yang mereka kumpulkan. Si Ani merancang untuk beli itu, Si Ana pula angan-angan nak beli ini. Kanak-kanak selaku penyeri dalam memeriahkan suasana Hari Raya, juga akan berlumba-lumba sesama mereka dalam mengumpulkan ‘duit raya’ siapakah yang paling banyak.

SAMPUL surat khas beraneka jenis untuk diisi dengan wang.

NEGATIFNamun di sebalik sifat pemurah dan dermawan orang Brunei, ada sebilangan golongan dewasa menyalahgunakan golongan kanak-kanak untuk mengutip duit raya dari rumah ke rumah. Mereka yang tidak bertanggungjawab ini akan memperalatkan sebilangan kanak-kanak untuk mendapatkan ‘duit raya’ untuk mereka sendiri dengan hanya memberi jumlah yang sedikit kepada kanak-kanak terbabit. Tapi syukurlah, di negara kita ini tidak banyak golongan sedemikian. Selaku penduduk di negara ini, marilah kita sama-sama membanteras gejala buruk itu dari berleluasa.

Di samping itu, keterbiasaan menghulurkan ‘duit raya’ juga ditakuti akan menjadi satu kemestian semasa berkunjung di musim Hari Raya di mana kanak-kanak tersebut akan beraya untuk mendapatkan ‘duit raya’. Janganlah hendaknya perkara itu terjadi pada anak-anak kita.
PERANAN IBU BAPADi sinilah kita sebagai orang tua memainkan peranan untuk mengajar dan mendidik mereka supaya bersopan ketika berhari raya dan tidak mengharapkan sampul surat ‘duit raya’ sewaktu berkunjung ke rumah sanak saudara dan handai taulan.
Jangan pula jadi sebaliknya, di mana ada sesetengah ibu bapa mengarahkan anak-anak mereka supaya menanyakan atau meminta ‘duit raya’ pada tuan rumah, sama ada secara serius mahupun secara simbolik atau bergurau. Ditakuti tabiat meminta ‘duit raya’ itu akan menjadi satu kebiasaan pada anak-anak itu nanti.

Selaku orang tua juga, kita hendaklah menasihati anak-anak kita supaya tidak sesuka hati membelanjakan ‘duit raya’ itu dengan membeli barangan yang tidak berfaedah. Setiap kali menerima 'duit raya', kita didiklah anak-anak supaya tidak lupa mengucapkan terima kasih, bukannya pergi begitu sahaja.

Bersedekah memang dituntut dalam agama Islam. Namun begitu, bersedekahlah mengikut kemampuan masing-masing. Janganlah hendaknya budaya memberi dan menerima ‘duit raya’ itu dijadikan satu keterpaksaan atau kemestian semasa Hari Raya.

Bagi mereka yang tidak mampu menghulurkan sedekah atau 'duit raya', janganlah memaksa diri kita untuk memberikan ‘duit raya’ disebabkan merasa malu. Jika itulah yang berlaku, makna dan falsafah Hari Raya dan sedekah yang dihulurkan akan terpesong dari hikmahnya yang sebenar.

Labels:

posted by BULETIN SERI BAYU 32 @ 6:58 AM   0 comments

ACARA MEMASAK BUBUR LAMBUK 2010
RENUNGAN BUAT YG BERNAMA SUAMI DAN ISTERI
PETUA MEMBINA KELUARGA BAHAGIA

1. BERBICARA DGN LEMAH LEMBUT. Memanggil dgn panggilan kesayangan serta memandang dgn penuh kasih sayang antara suami dan isteri.

2. MEMBERSIHKAN DIRI. Penampilan rapi dan bersih, berhias, memakai wangi-wangian terhadap pasangan.

3. JUJUR DAN AMANAH. Jangan memandang rendah pasangan, saling mengalah, memaafkan dan paling penting perhatikan kelebihan pasangan, malah sekiranya ada kekurangan segera tutupi ia daripada pengetahuan orang lain.

4. JANGAN MENCELA MASAKAN ISTERI. Berusaha meringankan beban kerja pasangan, tidak membandingkannya dengan orang lain serta menjauhi hal-hal yang menimbulkan kecemburuan pasangan.

5. SELALU BERPEGANG TANGAN. Bergurau senda, saling membelai kerana dgn cara ini pasangan akan merasai diri sentiasa diperlukan.

6. JADIKAN KAMAR TIDUR TEMPAT YG PERIBADI DAN BERSIH, harum dan masa yg menyenangkan pasangan.

7. SALING MENASIHATI dan cuba meringankan beban yg ditanggung pasangan.

8. PERUNTUKAN WAKTU YG KHUSUS BERSAMA PASANGAN seperti makan bersama, solat berjamaah pada waktu tertentu seperti waktu Maghrib dan Isyak, bersiar-siar bersama dengan anak-anak di taman.

9. SALING MENDOAKAN DAN MERINDUI apabila berjauhan.


TARIKH HARI INI


MASA ITU EMAS


SEMBANG-SEMBANG
About Blog

Previous Post
Archives
Title
Links
Templates by
Blogger Templates
RADIO ONLINE