BULETIN SERI BAYU 32

Saturday, September 26, 2009
DUIT RAYA OH DUIT RAYA
Jangan jadikan budaya ‘duit raya’ sebagai kemestian

Oleh : Hezlinawati Haji Abd. Karim

GAMBAR HIASAN ... Sampul surat Hari Raya Aidilfitri dikeluarkan oleh pelbagai pihak untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Takbir raya bergema di pagi yang hening, menandakan tibanya hari yang dinanti-nantikan. Seluruh umat Islam hari ini bergembira menyambut kedatangan bulan Syawal, setelah sempurna menunaikan ibadat puasa sebulan lamanya. Paling jelas kelihatan gembira di pagi raya ialah kanak-kanak.

Memang tidak dinafikan, golongan kanak-kanaklah yang paling gembira menyambut kedatangan Hari Raya. Setiap kali menjelangnya Hari Raya, mereka pasti mahu baju baru, kasut baru dan serba-serbi baru. Saat yang mereka nantikan ialah berkunjung ziarah ke rumah saudara-mara dan sahabat handai. Yang masih kecil akan tertanya-tanya, "Mak … Abah … Bila kan beraya? Lakastah …" Sangat ketara keiskian mereka hendak beraya. Apa yang kurang pasti, adakah niat mereka berhari raya itu untuk menziarahi sanak saudara dan rakan taulan atau ada udang di sebalik batu?

‘DUIT RAYA’Sudah menjadi kelaziman kita di musim Hari Raya ini begitu bermurah hati menghulurkan sedekah berupa sampul surat khas berisi wang kepada kanak-kanak dan warga emas. Setiap kanak-kanak yang menerima sampul surat istimewa itu pasti akan tersenyum penuh makna.

Hati kita pun merasa senang melihat mereka melontarkan senyuman menerima pemberian itu. Bagi golongan kanak-kanak, di musim raya inilah mereka berpeluang mengumpulkan 'pendapatan' dan membuat perancangan untuk membelanjakan ‘duit raya’ yang mereka kumpulkan. Si Ani merancang untuk beli itu, Si Ana pula angan-angan nak beli ini. Kanak-kanak selaku penyeri dalam memeriahkan suasana Hari Raya, juga akan berlumba-lumba sesama mereka dalam mengumpulkan ‘duit raya’ siapakah yang paling banyak.

SAMPUL surat khas beraneka jenis untuk diisi dengan wang.

NEGATIFNamun di sebalik sifat pemurah dan dermawan orang Brunei, ada sebilangan golongan dewasa menyalahgunakan golongan kanak-kanak untuk mengutip duit raya dari rumah ke rumah. Mereka yang tidak bertanggungjawab ini akan memperalatkan sebilangan kanak-kanak untuk mendapatkan ‘duit raya’ untuk mereka sendiri dengan hanya memberi jumlah yang sedikit kepada kanak-kanak terbabit. Tapi syukurlah, di negara kita ini tidak banyak golongan sedemikian. Selaku penduduk di negara ini, marilah kita sama-sama membanteras gejala buruk itu dari berleluasa.

Di samping itu, keterbiasaan menghulurkan ‘duit raya’ juga ditakuti akan menjadi satu kemestian semasa berkunjung di musim Hari Raya di mana kanak-kanak tersebut akan beraya untuk mendapatkan ‘duit raya’. Janganlah hendaknya perkara itu terjadi pada anak-anak kita.
PERANAN IBU BAPADi sinilah kita sebagai orang tua memainkan peranan untuk mengajar dan mendidik mereka supaya bersopan ketika berhari raya dan tidak mengharapkan sampul surat ‘duit raya’ sewaktu berkunjung ke rumah sanak saudara dan handai taulan.
Jangan pula jadi sebaliknya, di mana ada sesetengah ibu bapa mengarahkan anak-anak mereka supaya menanyakan atau meminta ‘duit raya’ pada tuan rumah, sama ada secara serius mahupun secara simbolik atau bergurau. Ditakuti tabiat meminta ‘duit raya’ itu akan menjadi satu kebiasaan pada anak-anak itu nanti.

Selaku orang tua juga, kita hendaklah menasihati anak-anak kita supaya tidak sesuka hati membelanjakan ‘duit raya’ itu dengan membeli barangan yang tidak berfaedah. Setiap kali menerima 'duit raya', kita didiklah anak-anak supaya tidak lupa mengucapkan terima kasih, bukannya pergi begitu sahaja.

Bersedekah memang dituntut dalam agama Islam. Namun begitu, bersedekahlah mengikut kemampuan masing-masing. Janganlah hendaknya budaya memberi dan menerima ‘duit raya’ itu dijadikan satu keterpaksaan atau kemestian semasa Hari Raya.

Bagi mereka yang tidak mampu menghulurkan sedekah atau 'duit raya', janganlah memaksa diri kita untuk memberikan ‘duit raya’ disebabkan merasa malu. Jika itulah yang berlaku, makna dan falsafah Hari Raya dan sedekah yang dihulurkan akan terpesong dari hikmahnya yang sebenar.

Labels:

posted by BULETIN SERI BAYU 32 @ 6:58 AM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 

ACARA MEMASAK BUBUR LAMBUK 2010
RENUNGAN BUAT YG BERNAMA SUAMI DAN ISTERI
PETUA MEMBINA KELUARGA BAHAGIA

1. BERBICARA DGN LEMAH LEMBUT. Memanggil dgn panggilan kesayangan serta memandang dgn penuh kasih sayang antara suami dan isteri.

2. MEMBERSIHKAN DIRI. Penampilan rapi dan bersih, berhias, memakai wangi-wangian terhadap pasangan.

3. JUJUR DAN AMANAH. Jangan memandang rendah pasangan, saling mengalah, memaafkan dan paling penting perhatikan kelebihan pasangan, malah sekiranya ada kekurangan segera tutupi ia daripada pengetahuan orang lain.

4. JANGAN MENCELA MASAKAN ISTERI. Berusaha meringankan beban kerja pasangan, tidak membandingkannya dengan orang lain serta menjauhi hal-hal yang menimbulkan kecemburuan pasangan.

5. SELALU BERPEGANG TANGAN. Bergurau senda, saling membelai kerana dgn cara ini pasangan akan merasai diri sentiasa diperlukan.

6. JADIKAN KAMAR TIDUR TEMPAT YG PERIBADI DAN BERSIH, harum dan masa yg menyenangkan pasangan.

7. SALING MENASIHATI dan cuba meringankan beban yg ditanggung pasangan.

8. PERUNTUKAN WAKTU YG KHUSUS BERSAMA PASANGAN seperti makan bersama, solat berjamaah pada waktu tertentu seperti waktu Maghrib dan Isyak, bersiar-siar bersama dengan anak-anak di taman.

9. SALING MENDOAKAN DAN MERINDUI apabila berjauhan.


TARIKH HARI INI


MASA ITU EMAS


SEMBANG-SEMBANG
About Blog

Previous Post
Title
Links
Templates by
Blogger Templates
RADIO ONLINE