BULETIN SERI BAYU 32

Sunday, August 16, 2009
GOTONG ROYONG SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
16 OGOS 2009, Program Gotong Royong penduduk Taman Seri Bayu telah diadakan sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan yg bakal menjelang tidak lama lagi. Gotong royong ini adalah anjuran Biro Kebajikan yg diketuai oleh Saudara Yoosri Bin Angsar bersama AJKnya dan dibantu oleh semua penduduk Taman Seri Bayu (TSB) yg berkelapangan.

Program gotong royong kali ini adalah tertumpu kepada menebang pokok ara dan pokok petai yg terletak di hadapan kawasan perumahan TSB dan membersihkan kawasan hadapan TSB yg agak berserabut dipenuhi dengan sampah daripada daun pokok ara. Selain daripada itu baik pulih pondok wakaf untuk program kawalan keselamatan malam juga dijalankan. Barulah nampak serinya pondok yg asalnya buruk, tetapi apabila telah dicat oleh tangan-tangan yg pakar mengecat tampak lawa juga pondok tu.

Bagi pihak Pengerusi TSB dan semua AJK TSB kami ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama semua penduduk TSB yg hadir dalam program gotong royong kali ini. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pengerusi kerana belanja kami aiskrim konetor. Moga dimurahkan rezeki. Kepada semua yg terlibat menjayakan program ini dari yg membawa parang panjang, gergaji, yang panjat pokok, bawa jamuan, mengecat, dan lain-lain sekali lagi diucapkan terima kasih. Semoga program ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang. Insyaallah...


]

Labels:

posted by BULETIN SERI BAYU 32 @ 7:19 AM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 

ACARA MEMASAK BUBUR LAMBUK 2010
RENUNGAN BUAT YG BERNAMA SUAMI DAN ISTERI
PETUA MEMBINA KELUARGA BAHAGIA

1. BERBICARA DGN LEMAH LEMBUT. Memanggil dgn panggilan kesayangan serta memandang dgn penuh kasih sayang antara suami dan isteri.

2. MEMBERSIHKAN DIRI. Penampilan rapi dan bersih, berhias, memakai wangi-wangian terhadap pasangan.

3. JUJUR DAN AMANAH. Jangan memandang rendah pasangan, saling mengalah, memaafkan dan paling penting perhatikan kelebihan pasangan, malah sekiranya ada kekurangan segera tutupi ia daripada pengetahuan orang lain.

4. JANGAN MENCELA MASAKAN ISTERI. Berusaha meringankan beban kerja pasangan, tidak membandingkannya dengan orang lain serta menjauhi hal-hal yang menimbulkan kecemburuan pasangan.

5. SELALU BERPEGANG TANGAN. Bergurau senda, saling membelai kerana dgn cara ini pasangan akan merasai diri sentiasa diperlukan.

6. JADIKAN KAMAR TIDUR TEMPAT YG PERIBADI DAN BERSIH, harum dan masa yg menyenangkan pasangan.

7. SALING MENASIHATI dan cuba meringankan beban yg ditanggung pasangan.

8. PERUNTUKAN WAKTU YG KHUSUS BERSAMA PASANGAN seperti makan bersama, solat berjamaah pada waktu tertentu seperti waktu Maghrib dan Isyak, bersiar-siar bersama dengan anak-anak di taman.

9. SALING MENDOAKAN DAN MERINDUI apabila berjauhan.


TARIKH HARI INI


MASA ITU EMAS


SEMBANG-SEMBANG
About Blog

Previous Post
Title
Links
Templates by
Blogger Templates
RADIO ONLINE