BULETIN SERI BAYU 32

Monday, December 28, 2009
UCAPAN TAKZIAH BUAT KELUARGA PAKCIK WAZIR YG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH
22 DISEMBER 2009, Allahyarham Mohd Wazir Bin Mohd Aris telah kembali ke Rahmatullah pada 21 Disember 2009 bersamaan malam Selasa selepas Solat Maghrib di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Allahyarham meninggal dalam usianya 61 tahun akibat sakit angin ahmar yang telah dideritainya sejak 3 tahun yang lalu.

Bagi Pihak Pengerusi Taman Seri Bayu (TSB), kami mengucapkan Takziah buat Makcik dan keluarga Allahyarham atas pemergian Allahyarham. Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang Soleh, Aminn.

Kepada semua penduduk TSB yang telah memberikan kerjasama menguruskan jenazah Allahyarham dari awal hingga selesai dan hadir untuk Tahlil Arwah sama ada di rumah Allahyarham dan juga di surau diucapkan terima kasih. Semoga tenaga dan masa yang diberikan akan diberikan ganjaran yang sebaiknya oleh Allah SWT.

Marilah kita sama-sama sedekahkan pahala Fatihah utk Roh Allahyarham, Al-Fatihah...

Labels:

posted by BULETIN SERI BAYU 32 @ 3:22 PM   0 comments
Saturday, December 19, 2009
PROGRAM BERKHATAN RAIKAN ANAK-ANAK TAMAN SERI BAYU
Photobucket

6 DISEMBER 2009, bertempat di halaman hadapan pondok keselamatan Taman Seri Bayu, (TSB) diadakan Majlis Berkhatan beramai-ramai anak-anak penduduk TSB. Majlis bermula Jam 7.45 pagi dan berakhir Jam 5.00 petang. Majlis adalah anjuran Biro Agama Persatuan Penduduk TSB. Majlis telah dirasmikan oleh Ybhgia Tuan Buang Bin Hj. Ismail, ketua kampung, Kg. Bukit Naga. Dalam ucapannya, beliau menyebut bahawa program ini adalah julung kali diadakan di Kg. Bukit Naga dan beliau amat berbangga dengan kerjasama dan kesungguhan penduduk Taman Seri Bayu yang telah sepakat mengadakan program ini secara bersama-sama.

Photobucket

Program Berkhatan yang diadakan telah mendapat sokongan dan galakan dari ketua kampung sendiri di mana beliau telah menaja pasukan kompang Jawa, Kg. Bukit Naga yang turut dijemput untuk sama-sama memeriahkan program tersebut. Program ini telah disertai oleh 16 orang kanak-kanak dari anak-anak penduduk Taman Seri Bayu dan rakan taulan penduduk Taman Seri Bayu dari seawal usia 5 tahun dan paling tua 10 tahun.

Photobucket

Anak-anak yang menyertai program berkhatan ini telah diraikan dalam satu majlis yang agak meriah, di mana anak-anak ini telah diberikan cenderahati setiap seorang dan dimandikan dengan semburan air dari pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat, Shah Alam. Setelah itu, anak-anak ini telah dibawa berarak dengan kenderaan khas yang telah dihias cantik melalui Jalan Seri Gambut dan Jalan Rezab Buang untuk ke tempat berkhatan di Surau Himmatul ’Aliah, Kg. Seri Gambut. Seronok betul rasanya anak-anak ini diarak dengan lori berhias ke surau, memang teruja. Semua orang yang lalu memberikan sorakan dan lambaian kepada mereka. Tak tau lepas tu, mereka terpaksa menghadapi saat-saat yang mendebarkan dan mencemaskan untuk dipotong Anunya.

Photobucket

Acara berkhatan telah diadakan di Surau Himmatul ’Aliah, Kg. Seri Gambut. Doktor yang mengkhatankan ialah Dr. Syed Ahmad dari Klinik Syed, Seksyen 3, Shah Alam. Dr. Syed telah mengkhitankan anak-anak Seri Bayu menggunakan kaedah potong dengan cara lazer. Alhamdulillah program berkhatan dapat dilaksanakan dengan lancar. Semua anak-anak telah berjaya dikhitankan, walaupun terdapat bermacam-macam ragam sewaktu acara berkhitan ini dilaksanakan. Ada yang menjerit-jerit mengaduh kesakitan, ada yang meraung-raung minta ampun tak nak dikhitankan, ada yang minta sunat esok, ada yang geli, ada juga yang steady je... Tak kata apa-apa, mengaduh pun tidak.. senyum jer, siap tunjuk tanda bagus lagi kat kawan -kawan yang belum sunat. Tapi bila ditanya nak sunat lagi ke idak, masing-masing menggeleng kepala, tak nak sunat lagi... he he.. tobat.


Photobucket

Kesian juga tengok anak-anak yang kena sunat ni bila melihat mereka meraung minta tolong dan sebagainya... tapi kesian lagi tengok bapa-bapa dan emak-emak yang resah gelisah menunggu anaknya nak disunatkan, dan yang lagi kesian bila tengok ada bapak yang tumbang bila menemankan anaknya bersunat. Yang peliknya anaknya steady jer. Sapa la tu agaknyer???

Photobucket

Pada keseluruhannya program ini berjalan dengan baik dan memuaskan. Ucapan Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penduduk Taman Seri Bayu yang telah bersama-sama bekerja sama menjayakan program ini terutama kepada Saudara Ali Shahbana Bin Shaari, Pengerusi persatuan penduduk TSB, Biro Agama TSB serta AJK yang terlibat menjayakan program ini. Tidak dilupakan juga kepada kaum ibu yang telah berusaha bersama-sama dan membantu untuk menjayakan program ini, juga kepada Dr. Syed Ahmad yang telah mengkhitankan anak-nak TSB serta Pengerusi dan AJK Surau Himmatul 'Aliah, Kg Seri Gambut. yang telah memberi kebenaran untuk melaksanakan program berkhatan di surau. Semoga usaha Anda semua akan mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah SWT. Insyaallah.


Photobucket

Anak-anak begitu teruja menunggu saat kena potong... tengah tunggu giliran utk mencabut undi


Photobucket
Bapak-bapak menyorok takut kena pancut bomba

Photobucket
Saudara pengerusi berbual mesra dengan ketua kampung.... Apa yang diperhatikan oleh Saudara Nazri tu agaknya

Photobucket
Saudara salam sempat mengusik anak-anak yang nak bersunat... " berani ke nak kena potong ni".
Photobucket
Anak-anak seronok bermandikan semburan air hujan dari pihak bomba

Labels:

posted by BULETIN SERI BAYU 32 @ 11:14 AM   0 comments

ACARA MEMASAK BUBUR LAMBUK 2010
RENUNGAN BUAT YG BERNAMA SUAMI DAN ISTERI
PETUA MEMBINA KELUARGA BAHAGIA

1. BERBICARA DGN LEMAH LEMBUT. Memanggil dgn panggilan kesayangan serta memandang dgn penuh kasih sayang antara suami dan isteri.

2. MEMBERSIHKAN DIRI. Penampilan rapi dan bersih, berhias, memakai wangi-wangian terhadap pasangan.

3. JUJUR DAN AMANAH. Jangan memandang rendah pasangan, saling mengalah, memaafkan dan paling penting perhatikan kelebihan pasangan, malah sekiranya ada kekurangan segera tutupi ia daripada pengetahuan orang lain.

4. JANGAN MENCELA MASAKAN ISTERI. Berusaha meringankan beban kerja pasangan, tidak membandingkannya dengan orang lain serta menjauhi hal-hal yang menimbulkan kecemburuan pasangan.

5. SELALU BERPEGANG TANGAN. Bergurau senda, saling membelai kerana dgn cara ini pasangan akan merasai diri sentiasa diperlukan.

6. JADIKAN KAMAR TIDUR TEMPAT YG PERIBADI DAN BERSIH, harum dan masa yg menyenangkan pasangan.

7. SALING MENASIHATI dan cuba meringankan beban yg ditanggung pasangan.

8. PERUNTUKAN WAKTU YG KHUSUS BERSAMA PASANGAN seperti makan bersama, solat berjamaah pada waktu tertentu seperti waktu Maghrib dan Isyak, bersiar-siar bersama dengan anak-anak di taman.

9. SALING MENDOAKAN DAN MERINDUI apabila berjauhan.


TARIKH HARI INI


MASA ITU EMAS


SEMBANG-SEMBANG
About Blog

Previous Post
Archives
Title
Links
Templates by
Blogger Templates
RADIO ONLINE