BULETIN SERI BAYU 32

Sunday, June 21, 2009
PROGRAM QIAMULLAIL SERI BAYU SATU PERMULAAN YG BAIK
21 Jun 2009, Ahad bermula Jam 4.00 pg, penduduk Seri Bayu terdiri dari kaum lelaki dan perempuan termasuk anak-anak telah menghadiri Program Qiamullail Taman Seri Bayu yang pertama kali diadakan di sini. Program ini adalah anjuran Biro Agama Taman Seri Bayu. Program telah diadakan di perkarangan rymah Saudara Matsah Bin Rahman, Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Bayu (TSB). Solat Sunat pada pagi itu telah dipimpin oleh Ybhgia Tuan Hj Yasak, manakala Solat Subuh dan tazkirah telah dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Yusof Bin Ali.

Pada keseluruhannya program tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan baik. Harapan dari pihak Biro Agama Seri Bayu agar program tersebut dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang. Insyaallah...
posted by BULETIN SERI BAYU 32 @ 8:47 PM   0 comments

ACARA MEMASAK BUBUR LAMBUK 2010
RENUNGAN BUAT YG BERNAMA SUAMI DAN ISTERI
PETUA MEMBINA KELUARGA BAHAGIA

1. BERBICARA DGN LEMAH LEMBUT. Memanggil dgn panggilan kesayangan serta memandang dgn penuh kasih sayang antara suami dan isteri.

2. MEMBERSIHKAN DIRI. Penampilan rapi dan bersih, berhias, memakai wangi-wangian terhadap pasangan.

3. JUJUR DAN AMANAH. Jangan memandang rendah pasangan, saling mengalah, memaafkan dan paling penting perhatikan kelebihan pasangan, malah sekiranya ada kekurangan segera tutupi ia daripada pengetahuan orang lain.

4. JANGAN MENCELA MASAKAN ISTERI. Berusaha meringankan beban kerja pasangan, tidak membandingkannya dengan orang lain serta menjauhi hal-hal yang menimbulkan kecemburuan pasangan.

5. SELALU BERPEGANG TANGAN. Bergurau senda, saling membelai kerana dgn cara ini pasangan akan merasai diri sentiasa diperlukan.

6. JADIKAN KAMAR TIDUR TEMPAT YG PERIBADI DAN BERSIH, harum dan masa yg menyenangkan pasangan.

7. SALING MENASIHATI dan cuba meringankan beban yg ditanggung pasangan.

8. PERUNTUKAN WAKTU YG KHUSUS BERSAMA PASANGAN seperti makan bersama, solat berjamaah pada waktu tertentu seperti waktu Maghrib dan Isyak, bersiar-siar bersama dengan anak-anak di taman.

9. SALING MENDOAKAN DAN MERINDUI apabila berjauhan.


TARIKH HARI INI


MASA ITU EMAS


SEMBANG-SEMBANG
About Blog

Previous Post
Archives
Title
Links
Templates by
Blogger Templates
RADIO ONLINE