22 DISEMBER 2009, Allahyarham Mohd Wazir Bin Mohd Aris telah kembali ke Rahmatullah pada 21 Disember 2009 bersamaan malam Selasa selepas Solat Maghrib di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Allahyarham meninggal dalam usianya 61 tahun akibat sakit angin ahmar yang telah dideritainya sejak 3 tahun yang lalu. Bagi Pihak Pengerusi Taman Seri Bayu (TSB), kami mengucapkan Takziah buat Makcik dan keluarga Allahyarham atas pemergian Allahyarham. Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang Soleh, Aminn.
Kepada semua penduduk TSB yang telah memberikan kerjasama menguruskan jenazah Allahyarham dari awal hingga selesai dan hadir untuk Tahlil Arwah sama ada di rumah Allahyarham dan juga di surau diucapkan terima kasih. Semoga tenaga dan masa yang diberikan akan diberikan ganjaran yang sebaiknya oleh Allah SWT.
Marilah kita sama-sama sedekahkan pahala Fatihah utk Roh Allahyarham, Al-Fatihah... Labels: Ucapan Takziah |
Post a Comment